Haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya dan cuaca yang melampau. Jika gagal melakukannya, haiwan tidak dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Dalam unit ini, kamu akan mempelajari ciri - ciri khas pada haiwan untuk perlindungan daripada ancaman musuh, cuaca melampau, keadaan kering dan angin kencang. Kamu juga akan mengetahui bagaimana ciri - ciri khas ini membantu haiwan hidup di habitatnya.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, kamu sepatutnya dapat ...
* Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri - ciri dan perlakuan khas untuk melindungi diri daripada
bahaya.
* Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri - ciri dan perlakuan khas untuk melindungi diri daripada cuaca
melampau.
* Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri - ciri dan perlakuan khas untuk membolehkannya hidup.
PANDUAN BACAAN
* Apakah ciri - ciri khas haiwan yang melindungi dirinya daripada bahaya?
* Apakah perlakuan khas haiwan yang melindungi dirinya daripada bahaya melindungi?
* Bagaimanakah ciri - ciri dan perlakuan khas haiwan ini melindunginya daripada bahaya?
CIRI - CIRI KHAS YANG MELINDUNGI HAIWAN DARIPADA BAHAYA
1 Haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya seperti dimakan haiwan lain atau diserang oleh musuh.
2 Haiwan yang berbeza mempunyai ciri -ciri khas yang berbeza untuk perlindungan daripada haiwan lain.
3 Ciri - ciri khas haiwan untuk perlindungan daripada musuh ditunjukkan di bawah.
![]() |
Duri tajam - Apabila diserang, landak menegakkan durinya untuk menakutkan musuh. |
Go to link URL : http://library.thinkquest.org/5386/
Untuk lebih memahami cara-cara haiwan melindungi diri mereka, sila lawati URL ini :
ReplyDelete1. http://www.youtube.com/watch?v=VUMt0O5CE-s&feature=related
2.http://www.youtube.com/watch?v=7oymqF9Ov30