Tuesday 29 November 2011

SOALAN KUIZ

1)Bagaimanakah landak melindungi dirinya daripada musuh?
2)Apakah yang dilakukan oleh kupu - kupu untuk mengelak daripada musuh?
3)Bagaimana pula caranya sesumpah melindungi dirinya?

Saturday 5 November 2011

CARA HAIWAN MELINDUNGI DIRI

Sila tonton video berikut untuk lebih memahami cara-cara haiwan melindungi diri.


Sunday 2 October 2011

CARA HAIWAN MELINDUNGI DIRI

PENGENALAN

Haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya dan cuaca yang melampau. Jika gagal melakukannya, haiwan tidak dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Dalam unit ini, kamu akan mempelajari ciri - ciri khas pada haiwan untuk perlindungan daripada ancaman musuh, cuaca melampau, keadaan kering dan angin kencang. Kamu juga akan mengetahui bagaimana ciri - ciri khas ini membantu haiwan hidup di habitatnya.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, kamu sepatutnya dapat ...

*    Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri - ciri dan perlakuan khas untuk melindungi diri daripada  
      bahaya.
*    Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri - ciri dan perlakuan khas untuk melindungi diri daripada cuaca 
      melampau.
*    Memahami bahawa haiwan mempunyai ciri - ciri dan perlakuan khas untuk membolehkannya hidup.

PANDUAN BACAAN

*   Apakah ciri - ciri khas haiwan yang melindungi dirinya daripada bahaya?
*   Apakah perlakuan khas haiwan yang melindungi dirinya daripada bahaya melindungi?
*   Bagaimanakah ciri - ciri dan perlakuan khas haiwan ini melindunginya daripada bahaya?

CIRI - CIRI KHAS YANG MELINDUNGI HAIWAN DARIPADA BAHAYA

1   Haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya seperti dimakan haiwan lain atau diserang oleh musuh.
2   Haiwan yang berbeza mempunyai ciri -ciri khas yang berbeza untuk perlindungan daripada haiwan lain.
3   Ciri - ciri khas haiwan untuk perlindungan daripada musuh ditunjukkan di bawah.


Duri tajam - Apabila diserang, landak menegakkan durinya untuk menakutkan musuh.